Myspace Marquee Text - http://www.marqueetextlive.com

ORGANISASI PKG

Tuesday, November 9, 2010

PROGRAM/TAKLIMAT KAMPUS ASTRO




Pada 01 November 2010 satu Taklimat mengenai Kampus Astro telah diadakan di PKG Ayer Lanas bersama PKG Jeli. Taklimat berkenaan di pengerusi oleh Pn. Hasni bt Zakaria PTP 2 PKG Jeli Mengenai pemasangan Kampus Astro ke semua sekolah bermula tahun ini secara percuma. Manakala di Sabah dan Sarawak telah bermula setahun lebih awal. Projek ini adalah kerjasama kementerian Pelajaran Malaysia dengan Astro. Terdapat beberapa saluran yang disediakan bersesuaian dengan P&P disekolah menengah dan juga rendah.

Program Kampus Astro ini mempunyai keistimewaannya yang mana boleh dirakam siarannya dan boleh dilihat pada bila-bila masa. Banyak kepentingan yang boleh diperolehi oleh pihak sekolah khususnya pelajar-pelajar di kawasan pedalaman. Guru haruslah mengambil peluang dengan memanfaatkan rancangan-rancangan yang telah disediakan oleh pihak Astro. Kampus Astro ini adalah tanggungjawab GPM dan ianya adalah dibawah pengawasan PSS. Boleh diletak dalam mana-mana bilik yang sesuai seperti bilik PSS, bilik tayangan, bilik media dan sebagainya kecuali dalam bilik guru dan kantin sekolah. Diharap guru semua dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menonton program yang disediakan ini.

Untuk pengisian Kampus Astro di sekolah, lebih dari 172 jam kandungan TV tempatan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin telah dihasilkan setakat ini untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia di dalam pembelajaran akademik dan kemahiran hidup. Program utama termasuk Astro TVIQ UPSR!, PMR!, 'The English Room' dan Dunia Adik di saluran Astro 552; Astro Xiao Tai Yang - XTY Fun Tuition, Di Zi Gui dan IQ Xiao Tai Yang di Saluran Astro 325.

Melalui Kampus Astro ‘website' juga, pihak Astro memaklumkan kepada komuniti sekolah secara berterusan tentang jadual dan sinopsis program - program yang terkini untuk guru-guru mengenalpasti program yang bersesuaian untuk tahap pelajar. Ini membolehkan guru-guru membuat perancangan yang bersesuaian untuk penggunaan pembelajaran yang lebih efektif dan relevan. Pihak sekolah diberi pendedahan mengenai konsep 3R - iaitu Rancang, Rakam, dan Reka - untuk keberkesanan penggunaan set Kampus Astro.

Bagi memastikan Program ini berjalan dengan lancar dan berkesan GPM diminta menyediakan jadual menonton dan sediakan buku rekod penggunaan kampus astro di sekolah masing-masing bagi tujuan melihat kekerapan dan keberkesanan program ini.

Dalam taklimat ini juga GPM diberi pendedahan tentang fungsi decoder dan cara-cara membuat rekod siaran yang dikehendaki. GPM juga diingatkan bahawa menjaga alat kawalan jauh dengan baik kerana tidak terdapat di mana-mana pasaran sekiranya rosak atau hilang




BERITA-BERITA LAIN:

1. PROGRAM LESTARI i-NILAM 2010
2. Pertukaran Pegawai PTP 1 & PTP 2 ke Sekolah
3. SISTEM PEMANTAUAN SPPICTS
4. Majlis Perpisahan Pegawai PKG
5. Majlis Maulidul Rasul SK Gemang
6. PERHIMPUNAN WARGA PENDIDIK
7. SEKITAR MESYUARAT GPMS&GPB 26-27 JAN 2010

No comments:

Post a Comment

Mesyuarat GPMS & GPB Peringkat PPD TAnah Merah/Jeli bagi Kelompok PKG Ayer Lanas/Jeli

Kerajaan Malaysia dan PKG Ayer Lanas tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox