Myspace Marquee Text - http://www.marqueetextlive.com

ORGANISASI PKG

Tuesday, November 29, 2011

SEJARAH PKG

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) DI 302 sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmatkepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahanpengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadaikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7(23)bertarikh 30/10/1995, Mulai 1.1.1996 PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saturday, December 4, 2010

PKG AYER LANAS

PKG Ayer Lanas terletak di sempadan Daerah Tanah Merah dan Jeli. Sekolah-sekolah dibawah kelompok PKG Ayer Lanas ialah sebahagian daripada sekolah di daerah Tanah Merah dan sebahagian lagi di daerah Jeli.

PKG Ayer Lanas berada di dalam kawasan Perntadbiran PPD Tanah Merah dan PPD Jeli. Ia terletak kira-kira sejauh 45km dari PPD Tanah Merah dan 10km dari PPD Jeli dan lebih kurang 113km dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan(BTPNK). PKG befungsi sebagai:

1. Satu Institusi Pendidikan yang berfungsi untuk meningkatkan Taraf Profesionalisme Keguruan.

2. Sebagai agen perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Sebagai agen penyelesaian masalah dari segi memberi khidmat nasihat dan bimbingan.

4. Menyediakan kemudahan dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembengkelan.

5. Menyediakan kemudahan darisegi pinjaman alatan dan bahan rujukan.

6. Sebagai pusat motivasi dan inovasi dan pendidikan sosial.

7. ebagai pusat pengembangan multimedia dan ICT.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI PKG

PKG Ayer Lanas terletak di SK Gemang,Ayer Lanas,Jeli. PKG ini di tubuhkan untuk memberikan bantuan dan menyebarkan maklumat-maklumat terkini kepada sekolah-sekolah kelompok yg di letak di bawah pentadbiran pkg. Pkg juga memmberikan khidmat kepakaran dalam bidang teknologi.


Tuan puan di alu-alukan mengunjungi PKG yang berhampiran. PKG Ayer Lanas mempunyai ruang pentadbiran yang menempatkan bilik pegawai teknologi pendidikan 1&2,bilik pembantu tadbir(N 17) dan juga bilik juru teknik komputer (FT 17).



PKG ayer lanas mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti bilik mesyuarat dan bilik seminar yg berhawa dingin yang memberikan keselesaan kepada peserta. Di samping itu juga, PKG Ayer Lanas mempunyai ruang rehat yang selesa.




PKG Ayer Lanas juga menawarkan kemudahan pinjaman buku-buku rujukan kepada guru-guru dan staff. Pusat sumber PKG mempunyai lebih dari 1000 buah buku yang dijadikan sumber rujukan serta boleh di pinjam. Di antaranya buku-buku ilmiah,buku cerita,fiksyen,teknologi,keagaman dan sebagainya. Setiap PKG juga membekalkan CD pendidikan untuk membantu P&P guru-guru. Terdapat juga sudut bacaan di PSS PKG.





Berilah peluang kepada kami untuk membantu anda.

SASARAN KERJA TAHUNAN PKG

1. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS dan program gerakan membaca di sekolah.

2. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu Pelaksanaan Program ICT di sekolah.

3. Memberi perkhidmatan meja bantuan aras 1 kepada sekolah.

4. Memgumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.

5. Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.

6. Melaksanakan, menyebar, mempromosi dan mengalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam Teknopen.

2. Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan khususnya dalam Teknopen ke sekolah-sekolah.

3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dan program nilam.

4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.

5. meningkatan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat (ICT)

6. Menyediakan kemudahan bagi aktiviti.

MISI

MEMBINA & MENGEKALKAN BUDAYA PENGGUNAAN MEDIA & TEKNOLOGI PENDIDIKAN SECARA KREATIF DIKALANGAN GURU DAN PELAJAR DI SETIAP SEKOLAH BAGI MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

VISI

WUJUDNYA BUDAYA PENGGUNAAN MEDIA & TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI SETIAP SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:-


 Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.

 Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.

 Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.

 Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.

 Menyebarkan maklumat Pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan dan,

 Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Tuesday, November 9, 2010

PROGRAM/TAKLIMAT KAMPUS ASTRO




Pada 01 November 2010 satu Taklimat mengenai Kampus Astro telah diadakan di PKG Ayer Lanas bersama PKG Jeli. Taklimat berkenaan di pengerusi oleh Pn. Hasni bt Zakaria PTP 2 PKG Jeli Mengenai pemasangan Kampus Astro ke semua sekolah bermula tahun ini secara percuma. Manakala di Sabah dan Sarawak telah bermula setahun lebih awal. Projek ini adalah kerjasama kementerian Pelajaran Malaysia dengan Astro. Terdapat beberapa saluran yang disediakan bersesuaian dengan P&P disekolah menengah dan juga rendah.

Program Kampus Astro ini mempunyai keistimewaannya yang mana boleh dirakam siarannya dan boleh dilihat pada bila-bila masa. Banyak kepentingan yang boleh diperolehi oleh pihak sekolah khususnya pelajar-pelajar di kawasan pedalaman. Guru haruslah mengambil peluang dengan memanfaatkan rancangan-rancangan yang telah disediakan oleh pihak Astro. Kampus Astro ini adalah tanggungjawab GPM dan ianya adalah dibawah pengawasan PSS. Boleh diletak dalam mana-mana bilik yang sesuai seperti bilik PSS, bilik tayangan, bilik media dan sebagainya kecuali dalam bilik guru dan kantin sekolah. Diharap guru semua dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menonton program yang disediakan ini.

Untuk pengisian Kampus Astro di sekolah, lebih dari 172 jam kandungan TV tempatan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin telah dihasilkan setakat ini untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia di dalam pembelajaran akademik dan kemahiran hidup. Program utama termasuk Astro TVIQ UPSR!, PMR!, 'The English Room' dan Dunia Adik di saluran Astro 552; Astro Xiao Tai Yang - XTY Fun Tuition, Di Zi Gui dan IQ Xiao Tai Yang di Saluran Astro 325.

Melalui Kampus Astro ‘website' juga, pihak Astro memaklumkan kepada komuniti sekolah secara berterusan tentang jadual dan sinopsis program - program yang terkini untuk guru-guru mengenalpasti program yang bersesuaian untuk tahap pelajar. Ini membolehkan guru-guru membuat perancangan yang bersesuaian untuk penggunaan pembelajaran yang lebih efektif dan relevan. Pihak sekolah diberi pendedahan mengenai konsep 3R - iaitu Rancang, Rakam, dan Reka - untuk keberkesanan penggunaan set Kampus Astro.

Bagi memastikan Program ini berjalan dengan lancar dan berkesan GPM diminta menyediakan jadual menonton dan sediakan buku rekod penggunaan kampus astro di sekolah masing-masing bagi tujuan melihat kekerapan dan keberkesanan program ini.

Dalam taklimat ini juga GPM diberi pendedahan tentang fungsi decoder dan cara-cara membuat rekod siaran yang dikehendaki. GPM juga diingatkan bahawa menjaga alat kawalan jauh dengan baik kerana tidak terdapat di mana-mana pasaran sekiranya rosak atau hilang




BERITA-BERITA LAIN:

1. PROGRAM LESTARI i-NILAM 2010
2. Pertukaran Pegawai PTP 1 & PTP 2 ke Sekolah
3. SISTEM PEMANTAUAN SPPICTS
4. Majlis Perpisahan Pegawai PKG
5. Majlis Maulidul Rasul SK Gemang
6. PERHIMPUNAN WARGA PENDIDIK
7. SEKITAR MESYUARAT GPMS&GPB 26-27 JAN 2010

Friday, October 1, 2010

PROGRAM LESTARI i-NILAM 2010



Pada 30 September 2010, Program Lestari i-Nilam peringkat PKG Jeli dan Ayer Lanas telah dilaksanakan di PKG Ayer Lanas, Program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi. Taklimat ini dihadiri oleh GPMS sekolah-sekolah kelompok PKG Jeli dan PKG Ayer Lanas.

Terdapat beberapa sekolah telah melaksanakan kemasukan data SMM, manakala sebahagian lagi belum melaksanakannya. Dalam bengkel ini kesemua sekolah dapat menyelesaikan semua masalah ada.

program lestari i-Nilam bagi kelompok ini diketuai oleh PTP PKG Jeli sebagai tuan rumah memandangkan PKG Ayer Lanas, PTP telah berpindah sebagai PK di sekolah. Sebanyak 27 buah Sekolah yang terlibat dalam Progranm tersebut iaitu dimana 12 buah Sekolah dari kelompok PKG Ayer Lanas manakala 15 buah sekolah lagi dari kelompok PKG Jeli.

Sunday, August 22, 2010

Pertukaran Pegawai PTP 1 & PTP 2 ke Sekolah

Pegawai Teknologi Pendidikan 1 dan Pegawai teknologi pendidikan 2 Pusat Kegiatan Guru Ayer Lanas telah bertukar ke sekolah di daerah Jeli.

Encik Abd Manaf bin Ibrahim merupakan pegawai teknologi pendidikan 1 di pusat kegiatan guru Ayer lanas. Beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Batu Melintang sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Memo pertukaran berkuatkuasa pada 1 Ogos 2010.








Encik Azizi bin Aziz merupakan pegawai teknologi pendidikan 2 di pusat kegiatan guru Ayer lanas. Beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal sebagai Guru Penolong. Memo pertukaran berkuatkuasa pada 22 Ogos 2010.









Kepada Mantan PTP 1 dan PTP 2 Pkg Ayer Lanas semoga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di tempat baru seperti mana yang telah dijalankan di Pkg Ayer Lanas sebelum ini.

Sunday, April 18, 2010

SISTEM PEMANTAUAN SPPICTS

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT di Sekolah (SPPICTS) telah ditambah baik menjadikan pemantauan semakin menyeluruh. Beberapa dimensi baru telah dimasukkan ke dalam sistem pemantauan ini. Jadi setiap sekolah bawah kelompok pkg mesti mengisi semuanya.

Dimensi pemantauan kini meliputi:
1. Pusat Akses Sekolah(bagi sekolah yang mempunyai pusat akses)
2. Makmal Komputer
3. Capaian Internet
4. Perisian Kursus Pendidikan
5. Peralatan PPSMI
6. Perkongsian Pintar(bagi sekolah yang mempunyai perkonsian pintar boleh mengisinya)
7. EduWebTV
8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Kutipan data penggunaan inisiatif ICT di sekolah akan dilaksanakan secara online sebanyak tiga (3) kali iaitu:

a. 21 Mac hingga 9 April 2010
b. 20 Jun hingga 9 Julai 2010
c. 19 September 8 Oktober 2010

Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.

Terima kasih atas kerjasama dari pihak Tuan/puan

Wednesday, March 3, 2010

Majlis Maulidul Rasul SK Gemang



Pada 03 March 2010 (rabu), pada jam 8.00 pg bertempat di Dataran Perhimpunan SK Gemang telah diadakan satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010M peringkat sekolah yang bertemakan "MEMANTAPKAN UKHWAH MEMPERKASAKAN UMMAH". Majlis dimulakan degan nyayian lagu Negaraku,Selamat sultan dan lagu Sekolah. Kemudian majlis di teruskan dengan ucapan pembukaan oleh guru besar. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara perarakan yg disertai oleh muris-murid dan guru-guru. selepas itu diadakan pertandingan melukis sepanduk,pertandingan melaungkan azan dan persembahan dari guru-guru dan pelajar. Turut serta dalam majlis tersebut juga ialah Pegawai-pegawai dari PPD Jeli. Tetamu yang hadir dijamu dengan jamuan makan tengah hari pada jam1.00ptg. Majlis bersurai pada jam 3.00 petang.

Saturday, February 27, 2010

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Saturday, February 20, 2010

Virus Komputer

Michealangelo, Stoned, Junkie, Stealth Boot, Die Hard, Cascade, DarkAvenger, Jerusalem, Imposter, Yankee Doodle, Anthrax, Peacekeeper, Diablo, Disk Killer, Natas dan Telefonica bukan nama-nama kumpulan rock atau heavy metal tetapi nama-nama virus komputer. Virus komputer merosakkan komputer dengan cara menghapuskan perisian dan mengganggu sistem pengoperasian. Virus komputer adalah sebuah aturcara yang mempunyai keupayaan yang canggih dalam penjangkitan dan merosakkan fail. Virus mampu menukar dan membiak dengan sendirinya. Virus komputer biasanya dihasilkan dengan bahasa komputer seperti C atau C++ dan Bahasa Perhimpunan (Assembly Language). Malah kini terdapat perisian yang mampu menghasilkan virus secara automatik setelah memberikan ciri-ciri yang dikehendaki oleh penciptanya, perisian ini disebut sebagai Enjin Virus (Virus Engine) contohnya SMEG. Virus menjangkiti fail-fail yang berfungsi seperti .EXE dan .COM tetapi baru-baru ini terdapat virus yang mengganggu fail .INI bagi merosakkan sistem perisian. Fail-fail .EXE dan .COM menjadi kegemaran kerana segala kegiatan sesebuah perisian berkisar di dalam fail-fail ini.

Jenis-jenis virus

Virus dibahagikan menurut cara ia berjangkit dan merosakkan sistem atau fail serta jumlah kerosakan yang dihasilkan oleh virus. Walaupun setiap dari virus itu berjenis-jenis dan menghasilkan kerosakan yang berlainan tetapi ia tetap membahayakan dan mampu merosakkan data atau maklumat yang penting. Jenis-jenis virus ialah virus sektor boot, virus fail TSR, virus fail tidak TSR, virus Pasangan, virus Penukar, virus Multipartit dan virus Pelbagai Jangkit. Virus ini menjangkiti fail-fail dengan cara berikut :

1. Ia menjangkiti fail .EXE dan .COM yang berpasangan. Jika ada fail .COM yang menggunakan fail .EXE sebagai pasangan fail ketika dijalankan. Virus akan menjangkiti fail .COM tanpa disedari dan mencipta fail lain seakan fail .EXE iaitu pasangan kepada fail .COM tersebut.
2. Ia akan menukar sebahagian daripada fail dengan program virus dan menyebabkan fail tersebut tidak dapat berfungsi.
3. Ia menjangkiti pelbagai objek sekaligus, ia menjangkiti fail EXE kemudian rekod boot utama, menjadi TSR dan seterusnya menjangkiti fail-fail .EXE dan .COM yang lain. Contoh Tequila dan Anticad.
4. Ia menjangkiti fail .OBJ (fail untuk penghasilan aturcara) dan seterusnya ia menukar fail tersebut kepada bentuk lain seperti .DBR. Contoh : Starship dan DIR II.
5. virus yang biasa didapati dalam komputer di mana ia samada menjangkiti sektor boot disket, rekod boot utama atau rekod boot DOS dalam cakera keras. Contoh : Form dan Stoned.
6. TSR (Terminated Stay Resident) atau virus tetap residen. Ia tinggal dalam ingatan dan menjangkiti fail .COM dan .EXE. Ia mudah merebak jika fail yang dijangkiti digunakan. Contoh : Dark Avenger dan Green Caterpillar.
7. Ia menjangkiti fail .COM dan .EXE tetapi tidak duduk dalam ingatan. Contoh : Vienna.

Ciri-ciri virus

1. Pertama, ia laju dalam jangkitan. Sesetengah virus menjangkit dengan cepat dan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat mungkin tidak sampai 1 seminit. Ia mampu merosakkan fail yang penting sahaja tetapi dalam bilangan yang kecil.
2. Kedua, jangkitan perlahan. Terdapat juga virus yang menjangkit secara perlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna komputer. Ia mampu merosakkan banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan dan apabila dikesan mungkin sudah terlambat.
3. Ketiga, bersembunyi. Ia menjangkit secara senyap-senyap dan menduduki bahagian baca/tulis cakera pada pemacu. Ia juga mampu menyamar dan ia tidak mengubah saiz fail sebelumnya. Contoh Frodo dan Brain.
4. Keempat, polimorfisma. Virus yang boleh mengubah dirinya kepada bentuk virus lain tanpa mempunyai bentuk saiz yang sama.

Akibat virus

Pernahkah komputer anda berhenti berfungsi setelah anda menyalin sebuah fail ke dalam cakera keras anda? Pernahkah komputer anda berbunyi dan tergantung (terhenti) dan anda tidak dapat menjalankan "boot" semula dengan menekan kekunci Ctrl-Alt-Del? Pernahkah cakera keras anda kehilangan data dan semua isi cakera keras itu hilang atau terpadam? Ini hanyalah satu ciri kerosakan yang dilakukan oleh virus komputer.
Kerosakan yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampu melakukan apa sahaja kepada komputer. Virus mampu merosakkan :
i) cakera keras dengan merosakkan rekod boot utama.
ii) perkakasan seperti monitor, papan kekunci dan tetikus dengan mengganggu ROM.
iii) memadamkan fail dari cakera keras.
iv)merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.
v)mengubah aturcara dengan memberikan laluan kepada penceroboh.

Bagaimana ia merebak

Biasanya virus merebak melalui perisian di mana ia akan menduduki sektor boot dalam disket dan merebak jika disket yang serupa digunakan pada komputer lain. Biasanya anak-anak membawa disket rakan mereka untuk digunakan di rumah dan disket rakan mereka dijangkiti virus. Seterusnya komputer mereka dirumah dijangkiti kemudian tanpa disedari menyalin kerja sekolah dari komputer tersebut ke dalam disket dan disket itu digunakan dalam makmal sekolah. Hasilnya seluruh rangkain komputer sekolah dijangkiti virus.

Mencegah virus

Virus boleh dihalang dengan mengadakan satu tatacara pencegahan iaitu periksa disket dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya. Perisian anti virus yang boleh digunakan ialah Norton Anti Virus, McAfee Anti Virus, Dr Solomon Anti Virus, F-Prot 2.23, PcCilin 95, Thunderbyte 7.01, F/Win Anti Virus, Virus Alert dan AVP Lite. Biasanya perisian anti virus dikemaskini samada setiap bulan, setiap 3 bulan dan setiap 6 bulan. Pengemaskinian ini perlu dilakukan kerana virus akan berubah dan virus baru akan muncul setiap bulan. Tiada satu perisian anti virus yang mampu menghapuskan semua virus kerana setiap perisian mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Anti virus yang dicadangkan ialah Norton Anti Virus dan Mc Afee Anti Virus.

Rujukan

Disini anda boleh mendapatkan perisian anti-virus percuma untuk DOS & Windows NT :
i) McAfee Anti Virus - Terdapat banyak maklumat mengenai virus dan menawahkan perisian anti-virus versi penilaian (Evaluation Version)
ii) Dr. Solomon Anti Virus - Perisian penilainan percuma

iii) F-Prot - Berbagai perisian sedia dimuat turun(download) untuk pengguna bertafdar sahaja(memerlukan password)

iv) PcCilin 95 - Perisian anti-virus(termasuk Macro virus) percuma

v) Thunderbyte - Perisian anti-virus versi penilainan percuma

Definisi Virus Komputer

Walaupun perisian cetak rompak merupakan salah satu diantara jenayah komputer, mereka cipta virus komputer juga merupakan salah satu diantara jenayah kerana ia dianggap menceroboh atau mengganggu. Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector". Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan cakera keras "hard disk".
Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun 1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut.
Pada tahun 1950an, mulanya ahli saintis komputer membincangkan kemungkinan untuk membina perisian yang dapat menyalin dirinya sendiri dan merebak kepada komputer lain. Perisian virus tersebut masih belum dicipta sehinggalah pada tahun 1983 apabila salah seorang pelajar di Universiti of California iaitu Fred Cohen menulis satu huraian mengenai virus komputer tersebut.
Tidak seperti virus yang menyebabkan selsema atau penyakit lain terhadap manusia, virus komputer tidak berlaku atau terjadi dengan sendirinya. Setiap virus harus diprogramkan. Tidak terdapat virus yang berfaedah. Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untuk mengganggu. Terdapat sesetengah individu yang ingin memaparkan mesej tertentu untuk bergurau. Di dalam keadaan yang demikian, virus tersebut hanyalah bersifat untuk menggangu sahaja. Walau bagaimanapun, apabila virus terbabit menyebabkan kerosakan yang besar. Siapa yang harus dipersalahkan.
Pencegahan Dari Jangkitan Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Kita hanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisian untuk mengatasinya. Perkara utama yang anda perlu ketahui ialah semasa komputer anda berada didalam keadaan bahaya jangkitan. Apabila virus komputer telah berada di dalam ingatan komputer, virus boleh memusnahkan perisian dan fail-fail data di dalam cakera keras anda.
Cara yang paling mudah untuk mendapat jangkitan virus komputer ialah dengan bertukar-tukar perisian atau disk dengan orang lain. Bahkan, perisian yang baru dibeli dan masih dalam bungkusan juga dipercayai mempunyai virus komputer. Kaedah pencegahan yang terbaik ialah dengan menganggap semua disk yang anda temui mempunyai potensi dijangkiti virus.
Untuk mengenal pasti virus komputer memerlukan perisian antivirus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang dipercayai mempunyai virus dan memusnahkannya. Terdapat pelbagai perisian untuk mengesan virus ini.

Aktiviti Virus Komputer
Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, virus komputer adalah program kecil yang memasukkan dirinya kedalam program perlaksanaan dan juga "boot sector" (kawasan di dalam setiap disk yang mengandungi program yang melaksanakan "loading" sistem operasi) Kebanyak virus akan aktif apabila anda menjalankan program yang telah dijangkiti atau memulakan "booting" komputer daripada disk yang telah dijangkiti. Ia akan mula membiakkan dirinya dengan mencari fail-fail yang baru dan "boot sector" untuk dijangkiti. Sebelum kita meninjau lebih jauh mengenai perisian antivirus. Lebih baik jika kita meninjau dengan lebih terperinci lagi mengenai virus komputer agar memudahkan kita untuk menghapuskannya kelak. Virus komputer yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang ialah virus yang menghapuskan data, format cakera keras atau menjadikannya "unbootable" (tidak boleh mengaccess sistem operasi), atau merosakkan BIOS seting.
Perisian antivirus mempunyai beberapa kaedah atau cara untuk mengatasinya. Kebanyakan perisian antivirus memasangkan program "memory -resident Windows 95 virtual device driver (VxD)" yang akan dilaksanakan secara automatik apabila anda menghidupkan komputer anda. Ia akan sentiasa berada di latar belakang anda bertugas untuk mencari virus. Jika kita hanya menggunakan pengimbas sahaja itu adalah tidak memadai.. Disamping itu, kita juga boleh menetapkan satu jadual agar pemeriksaan virus dilakukan dengan lebih kerap lagi. Fail yang telah dimampatkan juga mampu diperiksa oleh perisian ini.

Fail Pengenalan Virus (virus signature file)
Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa mengemaskinikan "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus yang baru. Ini kerana hampir setiap hari, boleh dikatakan hampir lima ekor virus baru ditemui. Kebanyakan perisian antivirus membenarkan anda mengemaskinikan fail tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat perisian yang mudah untuk kita mengemaskinikannya dan juga sebaliknya. Sesetangah perisian seperti Norton Antivirus 2.0 dan PC-Cilin hanya memerlukan anda menekan satu butang sahaja. Segala proses lain akan dilakukan secara automatik. Sesetengah perisian memerlukan anda untuk mengemaskinikan fail secara manual. Terdapat juga sesetengah perisian seperti Dr Solomon yang menghantarkan fail update secara manual kepada pengguna.
Walau apa sekalipun perisian antivirus yang anda gunakan. Pastikan anda sentiasa mengemaskinikan fail pengenalan virus anda. Kita tidak dapat menjangka bagaimana tindakan yang akan dilakukan oleh virus pada masa hadapan. Mungkin ia mampu melakukan kerosakan/kemusnahan yang lebih besar lagi.

Perisian Antivirus
Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perisian antivirus, kita perlu mengetahui apakah takrif atau definisi perisian antivirus tersebut. Perisian antirivirus adalah sejenis perisian yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda kemunculan virus di dalam komputer. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis perisian antivirus yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti auto scan, click and clean dan sebagainya. Kesemua perisian ini bertujuan untuk melindungi komputer kita daripada gangguan virus komputer yang pelbagai. Berikut adalah diantara perisian antivirus yang berada di pasaran dan laporan mengenainya:
1. Dr.Solomon Antivirus Toolkit
- Perisian ini dikatakan adalah yang terbaik kerana ia mampu mengesan semua jenis virus dan hampir 89 peratus virus berjaya dihapuskan. Dari segi kelemahan pula, perisian ini dikatakan agak mahal dan sukar untuk mendapatkan perisian yang terkini (update) kerana penghantaran hanya melalui/menggunakan disk. Walaupun harganya agak mahal iaitu US$85. Ia adalah yang terbaik kerana mampu mengesan semua jenis virus yang telahpun dikenal pasti melalui satu ujian untuk mengetahui tahap atau mutu sesuatu perisian antivirus yang dikawal oleh NCSA (National Computer Security Association) iaitu sebuah badan yang pakar di dalam bidang virus komputer. Sebanyak 2767 ekor virus telah dikenal pasti dan digunakan di dalam ujian tersebut. Ia dikatakan ramah pengguna kerana tidak memerlukan arahan yang panjang. Anda hanya menekan satu butang sahaja untuk mengesan virus dan semua tugas dilakukan untuk anda. Disamping itu, ia juga mempunyai encyclopedia mengenai virus-virus yang dikenal pasti dan kesan-kesan yang disebabkan oleh virus tersebut. Di samping itu, ia juga menyediakan "Magic Bullet" iaitu "bootable floppy disk" yang membenarkan anda mengesan dan memusnahkan virus di dalam mana-mana sistem komputer. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi. Anda boleh pergi ke halaman http://www.drsolomon.com
2. F-Prot Profesional
- Perisian ini dikatakan kedua terbaik di dalam mengesan virus. Mempunyai pilihan yang boleh ditentukan oleh kita. Ia juga boleh menghantar email amaran sekiranya virus ditemui. Dari segi kelemahan pula, untuk mengemaskinikan fail pengenalan virus memerlukan password dan pemasangan semula "reinstallation". Dari segi harga juga, ia adalah lebih mahal berbanding dengan Dr.Solomon. Walaupun agak mahal iaitu dengan harga US$99, ia merupakan antivirus yang paling berkesan dan aggrasive dimana ia boleh mengesan virus bagi kawasan LAN. Sekiranya anda merupakan pengguna windows 95 atau perisian yang tidak disambungkan dengan mana-mana komputer lain. F-Prot adalah tidak sesuai untuk anda. Menurut ujian yang dijalankan, F-Prot berjaya mengesan hampir 99 peratus jenis virus dan berjaya menghapuskan sebanyak 78 peratus daripada virus yang ditemui. Ciri-ciri yang ditawarkan juga agak mudah. Ia membenarkan anda untuk mengesan tempat-tempat tertentu dengan mengikut jadual-jadual tertentu. Ini dapat menjimatkan masa dengan membiarkan fail yang telah dikesan dan telah pasti bahawa tiada mempunyai tanda-tanda diserang virus. F-Prot merupakan satu-satunya perisian yang mampu menghantar email sekiranya virus ditemui di dalam sesuatu kawasan LAN. Ia juga mampu menghatar fail yang dijangkiti kepada System Administrator.
3. IBM Antivirus Version 2.5
-Perisian ini boleh dikatakan agak bagus dari segi mengesan virus. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk menghapuskan virus.Menurut laporan IBM Antivirus menggunakan satu kaedah untuk mengesan virus-virus yang baru. Dengan harga US$49, ia dikatakan agak sesuai dengan harganya yang agak murah disamping mampu mengesanbanyak jenisvirus. Walau bagaimanapu, terdapat banyak kelemahan yang menyebabkan kita sukar untuk mengesyorkan anda menggunakannya.
4. IBM Antivirus
- Adalah satu-satunya program yang tidak akan menghapuskan virus, melainkan apabila ia pasti bahawa dengan berbuat demikian tidak akan merosakkan fail yang dijangkiti. Sekiranya ia menjumpai virus yang tidak boleh dibuang, anda terpaksa membuat pilihan untuk memadamkan sahaja fail tersebut. Ini bermakna anda terpaksa memasangkan semula program asal. Walau bagaimanapun, sebagaimana program sebelum ini, ia mampu menghapuskan 100% jenis "boot virus ". Walaubagaimanapun, antara ciri-ciri lain adalah, IBM Antivirus hanya membenarkan anda membuat "bootable emergency disk" semasa pemasangan sahaja. Untuk membuat "bootable emergency disk" anda terpaksa mengulangi proses pemasangan sekali lagi. Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, bolehlah pergi ke alamat http://www.av.ibm.com
Perisian Antivirus Lain
Diantara perisian antivirus lain yang boleh didapati ialah seperti :
a) Mcafee Virusscan for windows 95,Norton Antivirus 2.0 for windows95,
b) Trend Micro Inc. PC-Cilin dan juga Thunderbyte Antivirus Utilities.
Alamat-alamat bagi syarikat ini ialah:

Serangan Virus semakin menular

Nama-nama seperti BackDoor-G, Pretty Park, Worm.ExploreZip, Melissa dan CIH bukanlah nama sebuah kumpulan rap atau pop tetapi nama-nama virus generasi baru yang muncul dengan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Marilah kita kenali secara ringkas virus-virus yang telah muncul sejak bulan Mac 1999 dan menggunakan Internet serta emel untuk menyebarkan jangkitannya.

Worm.ExploreZip

Virus ini juga dikenali sebagai “doozy” dan ia mula dikesan oleh para pekerja Microsoft, Intel dan Syemantec bulan lalu. Virus ini dipindahkan dengan menggunakan fail ZIP yang dihantar menerusi emel di mana ia akan menjangkiti komputer setelah ia dibuka. Jika anda mendapat sebuah emel dengan mesej "Got your email. I'll reply ASAP. Until then, here's the zipped documents.", anda hendaklah terus membuang fail ini.
Worm.ExploreZip akan merebak menerusi ciri-ciri automasi dalam program emel Microsoft Outlook. Virus ini menyerupai virus Melissa yang dikesan pada bulan Mac lalu. Ia akan memadamkan fail-fail dokumen perisian-perisian Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint. Virus ini merebak dengan perlahan tetapi mampu melakukan kerosakan besar.

CIH

Versi pertama virus ini muncul pada Jun 1998 dan dipercayai berasal daripada Taiwan. Versi terbaru virus ini muncul pada 26hb April 1999 dan telah berjaya merosakkan lebih sejuta buah komputer di seluruh dunia terutamanya di Asia seperti China, Taiwan, Malaysia, Singapore, Japan dan India. CIH telah ditulis di Taiwan oleh seorang pelajar bernama Chen Ing-hau berusia 24 tahun.
Virus melakukan kerosakan dengan memadamkan semua fail dalam cakera keras dan merosakkan komputer. Ramai pengguna tempatan yang terkena virus CIH ini berasa amat marah dan sedih kerana komputer mereka telah rosak akibat daripada perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab. Contohnya seorang pelajar di IPTA tempatan telah menelefon saya dalam keadaan sedih yang teramat akibat kelihatan tesisnya yang 95% siap daripada komputer yang digunakannya.

Melissa

Melissa menjangkiti sebuah PC dengan mencuba untuk membuka perisian Microsoft Outlook dan menghantar sebuah salinan emel kepada 50 orang yang terdapat dalam buku alamat pengguna. Ia akan memuarkan mesej seperti "Important Message from [username]." The message it sends reads: Here is that document you asked for ... don't show anyone else. ;)”.
Virus ini akan disebarkan menerusi sebuah fail list.doc yang mengandungi senarai laman Web lucah. Jika fail itu dibuka maka secara automatik komputer itu akan dijangkiti dan mencari Outlook untuk menjalankan tugas jahatnya.

BackDoor-G

BackDoor-G adalah sebuah aturcara Trojan yang dihantar melalui Internet menerusi spam emel dan ia dipindahkan dalam format program “screensaver”. Jika program ini dijalankan maka komputer itu boleh dicapai dan dicerobohi oleh pengguna yang tidak dibenarkan. BackDoor-G akan menjangkiti komputer yang menggunakan Windows dan ia tidak boleh dikesan oleh pengguna. Aturcara ini juga mampu menukar nama failnya dan bersembunyi daripada pengesanan perisian antivirus.

Pretty Park

Pretty Park disebarkan menerusi emel di mana virus itu akan bercantum kepada koleksi alamat dalam fail Microsoft Outlook. Seterusnya ia akan mencuri maklumat seperti nombor telefon, kata laluan dan maklumat penting yang lain mengenai komputer pengguna itu dan dihantarkan kepada sebuah tapak borak Internet.

Menghapuskan virus

Untuk menghapuskan virus anda boleh mendapatkan sebarang perisian antivirus yang terkenal. Seperti Norton Antivirus 5.0, McAfee Virusscan 4.0, Innoculate 1, Dr. Solomon’s Antivirus, PC-Cilin dan Armour. Anda hendaklah pastikan bahawa perisian antivirus anda sering dikemaskini untuk mendapatkan senarai virus terbaru. Anda juga hendaklah sentiasa menuruti perkembangan virus dan perisian antivirus bagi melengkapkan diri anda jika mendapat berita serangan yang bakal berlaku seperti yang dilakukan oleh virus CIH. Selain daripada perisian-perisian di atas anda juga boleh mendapatkan program pembersih virus seperti CleanCIH dan ExploreZIP Worm Cleaner 1.0 daripada laman-laman Web seperti www.download.com dan www.filemine.com.

Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
1. Hidupkan komputer anda.
2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
3.Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
4.Pilih Boot Sequence.
5.Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
2.Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
3.“Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
4. Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini.
5. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
6.Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
7.Sekiranya hard disk anda:
a) masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
b) tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
8. Buat satu partition dengan menekan butang C.
9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
11. Tekan butang C untuk setuju.
12. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.

Install Windows XP

1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
3, Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
4. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
5. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
6. Klik pada butang Finish.
7. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri :)

Sunday, January 31, 2010

PERHIMPUNAN WARGA PENDIDIK



Pada 31 Januari 2010 (Ahad) bersamaan 15 Safar 1431H,pada jam 1.30tgh bertempat di Dewan SMK Ayer Lanas satu Majlis Perhimpunan Warga Pendidik Parlimen Jeli dan Pelancaran Buku Pelan Perancangan Strategik PPD Jeli (2010-2014) telah diadakan dan dirasmikan oleh YB.Dato' Seri Mustapa Bin Mohamed iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Turut serta dalam majlis tersebut juga ialah Pegawai PPD Jeli dan Pengarah Pelajaran Kelantan. Tetamu yang hadir dijamu dengan jamuan makan tengah hari pada jam 2.00ptg. Pada jam 3.00ptg majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ikra perkhidmatan awam. Majlis juga turut diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai PPD Jeli serta Pengarah Pelajaran Kelantan.



Ucapan perasmian dan pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Selepas itu,Pelancaran Pelan Perancangan Strategik PPD Jeli telah dilancarkan dan Penyampaian Buku Pelan Perancangan Strategik PPD Jeli telah dilaksanakan oleh YB.Dato' Seri Mustapa Bin Mohamed.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2009,Tokoh Guru 2009,Anugerah Guru dan juga Anugerah Guru Bersara. Majlis diteruskan dengan penyampaian Cenderamata kepada YB.Dato' Seri Mustapa Bin Mohamed serta Pegawai PPD Jeli serta Pengarah Pelajaran Kelantan. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku dan majlis menepung tawar dan perasmian bas. Majlis bersurai kira-kira jam 5.00ptg.

Klinik 1Malaysia Jeli Pertama di Kawasan Pedalaman


JELI - Kewujudan klinik 1Malaysia di Batu Melintang, Jeli, adalah klinik pertama seumpama itu yang dibina di kawasan pedalaman sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap keperluan rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, meskipun konsep mewujudkan klinik 1Malaysia bertujuan mengatasi masalah kesesakan pesakit di bandar namun kerajaan tetap memberi pengecualian dengan membina sebuah klinik 1Malaysia di pedalaman daerah itu dengan mengambil kira kesusahan penduduk di kawasan terbabit.

“Kerajaan Pusat prihatin terhadap keperluan rakyat di pedalaman khususnya pedalaman Jeli di Batu Melintang ini kerana menghadapi kesuka:ran ekoran ketiadaan klinik terdekat kecuali klinik swasta dan hospital Jeli.

“Justeru, kita meminta ke:rajaan memberi pengecualian dengan mewujudkan sebuah klinik 1Malaysia daripada 50 buah klinik yang diwujudkan seluruh negara untuk keperluan rakyat di kawasan ini,” katanya kepada p:emberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, kewujudan klinik terbabit di kawasan itu menjadikannya sebagai klinik 1Malaysia pertama di kawasan luar bandar berbanding 49 buah klinik lain di seluruh negara termasuk tiga buah klinik di Kelantan yang kesemuanya terletak di kawasan pekan dan bandar.

Mustapa berkata, dengan: adanya klinik berkenaan, ia memberi kemudahan kepada hampir 10,000 isi rumah di kampung terbabit dan sekitarnya yang kebanyakannya adalah :golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM10 juta untuk menubuhkan klinik 1Malaysia di seluruh negara dan Kelantan memperoleh empat buah klinik 1Malaysia iaitu di pekan Jelawat, Bachok, Pengkalan Batu, Pasir Mas, Sri Cemerlang, Kota Baharu dan di Batu Melintang, Jeli. - Bernama:

Saturday, January 30, 2010

SEKITAR MESYUARAT GPMS&GPB 26-27 JAN 2010






Pada 26 januari 2010 sehingga 27 januari 2010 PKG Ayer Lanas dan PKG Jeli telah mengadakan mesyuarat pengurusan Guru penyelaras Media sekolah(GPMS) dan Guru penyelaras Bestari/ICT(GPB) bagi sekolah kelompok PKG,PPD Tanah Merah/Jeli. Mesyuarat ini diadakan di PKG Ayer Lanas bertempat di bilik seminar. Mesyuarat membincangkan mengenai Pengemaskinian data GPB, Pemantauan dan Khidmat Bantu PKG ke sekolah, Laporan SPPICT/SSQS/STS, Senarat Tugas FT/GPB, Perisian Antivirus, Penggantian Komputer, LAN KPM, Keperluan Bengkel dan lain-lain.Seramai30 orang guru penyelaras daripada sekolah-sekolah di daerah Jeli dan Tanah Merah menghadiri mesyuarat tersebut.



Mesyuarat GPMS & GPB Peringkat PPD TAnah Merah/Jeli bagi Kelompok PKG Ayer Lanas/Jeli

Kerajaan Malaysia dan PKG Ayer Lanas tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox