ORGANISASI PKG

Sunday, January 31, 2010

Klinik 1Malaysia Jeli Pertama di Kawasan Pedalaman


JELI - Kewujudan klinik 1Malaysia di Batu Melintang, Jeli, adalah klinik pertama seumpama itu yang dibina di kawasan pedalaman sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap keperluan rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, meskipun konsep mewujudkan klinik 1Malaysia bertujuan mengatasi masalah kesesakan pesakit di bandar namun kerajaan tetap memberi pengecualian dengan membina sebuah klinik 1Malaysia di pedalaman daerah itu dengan mengambil kira kesusahan penduduk di kawasan terbabit.

“Kerajaan Pusat prihatin terhadap keperluan rakyat di pedalaman khususnya pedalaman Jeli di Batu Melintang ini kerana menghadapi kesuka:ran ekoran ketiadaan klinik terdekat kecuali klinik swasta dan hospital Jeli.

“Justeru, kita meminta ke:rajaan memberi pengecualian dengan mewujudkan sebuah klinik 1Malaysia daripada 50 buah klinik yang diwujudkan seluruh negara untuk keperluan rakyat di kawasan ini,” katanya kepada p:emberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, kewujudan klinik terbabit di kawasan itu menjadikannya sebagai klinik 1Malaysia pertama di kawasan luar bandar berbanding 49 buah klinik lain di seluruh negara termasuk tiga buah klinik di Kelantan yang kesemuanya terletak di kawasan pekan dan bandar.

Mustapa berkata, dengan: adanya klinik berkenaan, ia memberi kemudahan kepada hampir 10,000 isi rumah di kampung terbabit dan sekitarnya yang kebanyakannya adalah :golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM10 juta untuk menubuhkan klinik 1Malaysia di seluruh negara dan Kelantan memperoleh empat buah klinik 1Malaysia iaitu di pekan Jelawat, Bachok, Pengkalan Batu, Pasir Mas, Sri Cemerlang, Kota Baharu dan di Batu Melintang, Jeli. - Bernama:

No comments:

Post a Comment

Mesyuarat GPMS & GPB Peringkat PPD TAnah Merah/Jeli bagi Kelompok PKG Ayer Lanas/Jeli

Kerajaan Malaysia dan PKG Ayer Lanas tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox